Segala puji & syukur hanya untuk Allah , sebanyak pujian penduduk langit, sebanyak pujian penduduk bumi , sebanyak pujian apa yang ada diantara keduanya & sebanyak pujian makhluk ciptaanNya serta salawat & salam buat penghulu & permata hati kami Muhamadun Mustafa Sayyidil Mursalin SAW.
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Mulia ana dengan kerjasama sahabat ana Muhamad al Muallij ingin melancarkan Sabun Al - Barakah sebagai salah satu ikhtiar di dalam rawatan kami . Sebenarnya produk ini telah ana gunakan lama dah di pusat rawatan ana, tetapi hasil perbincangan dgn sahabat ana, tercetus ilham untuk dijual untuk umum terutama pesakit yang mengalami masalah sihir & gangguan dan penyakit2 lain seperti penyakit kulit & resdung.
FAQ ...
1. Sabun al-barakah ni halal ker haram & diperbuat dari apa?
Jawapan ana : Mestilah halal, dengan izinNya , sabun-sabun ni diperbuat dari bahan2 yang halal seperti sabun biasa ditambab dengan bahan2 seperti daun bidara , daun afrika , minyak atar kasturi , pati limau serta ditambah dengan air rukyah & air zam-zam serta ana telah merukyah sabun-sabun ini dengan ayat2 suci seperti ayat2 manzil, asas 20 darussyifa, ayat 7, ratib al-hadad , wirdul latif , zikir & salawat serta solat hajat
2. Bagaimana nak guna sabun2 ni ?
Jawapan ana : Bagi pesakit sihir yang kronik , ana cadangkan mandi guna sabun sihir al-barakah ini dengan span.Span tersebut dipotong kecil & digunakan hanya sekali . Ini kerana terdapat racun2 yang melekat pada span akibat sihir. Mandi sekurang2nya 2 kali sehari iaitu pagi & malam sebelum tidur. Niat dulu sebelum guna iaitu Ya Allah sembuhkanlah semua penyakit di dalam badan & memohon perlindunganNya daripada gangguan sihir luar & dalam badan & sapukan dari hujung rambut ke hujung kaki sambil bersalawat di dalam hati .
Bagi penyakit gangguan , ana cadangkan guna sekurang2nya 3 kali sehari , pagi , lepas asar & sebelum tidor. Mandi seperti biasa menggunakan sabun gangguan al-barakah . Niat dulu sebelum guna iaitu Ya Allah sembuhkanlah penyakit gangguan di dalam badan & memohon perlindunganNya daripada gangguan dalam & luar badan & sapukan dari hujung rambut ke hujung kaki membaca ayat kursi serta bersalawat di dalam hati. Buat dengan keyakinan , Insya Allah ,Semoga dengan ikhtiar ini , Allah akan menyembuhkan anda.
3. Kenapa bersalawat ?
Jawapan ana : Semoga dengan berkat salawat ke atas junjungan yang dikasihi, Allah menyembuhkan anda. 'Sesungguhnya Allah & para malaikat bersalawat ke atas Nabi, wahai orang2 yang beriman bersalawatlah kamu ke atas Nabi & ucapkanlah salam penghormatan kepadanya'. (Al-Ahzab : 56)
4. Ada berapa jenis sabun ?
Jawapan ana : Ada 2 jenis (setakat ini) iaitu Sabun Al-Barakah Sihir & Sabun Al-Barakah Gangguan . InsyaAllah ana dalam proses R&D untuk menghasilkan sabun-sabun lain untuk pelbagai keguanaan lain pada masa akan datang. Semoga Allah memudahkan urusan ana untuk merealisasikan rancangan ana ini...
Kedua-dua jenis sabun ini juga boleh digunakan untuk penyakit-penyakit fizikal yang lain berdasarkan daripada testimoni pesakit-pesakit yang menggunakan sabun2 ini. Sebagai contoh ada pesakit yang menggunakan sabun sihir untuk menghilangkan gatal2 pada badan, contohnya kegatalan yang disebabkan kepanasan cuaca seperti di celah peha, lengan, lelipat pada perut, allergi pada tangan akibat detergent, ruam dan lain2. Ada juga testimoni yang lain dimana pesakit yang pada asalnya menggunakan sabun gangguan sebagai ikhtiar menghindar gangguan makhluk halus, telah menggunakan sabun tersebut untuk penyakit resdungnya, iaitu menggunakan sabun itu untuk membasuh mukanya & Alhamdulillah ianya berkesan. Dari mana dia mendapat idea untuk menggunakannya sebegitu tak tahulah ana... Wallahua'alam.
5. Bagaimana sekiranya saya mengalami kedua2 penyakit sihir & gangguan, sabun yang mana harus diguna?
Jawapan ana: Ana syorkan pesakit ana supaya menggunakan sabun sihir ataupun sabun gangguan, cuma diniatkan terlebih dahulu untuk kedua2 penyakit sebelum mandi. Ini kerana yang penting adalah niat, kuasa penyembuhan ditangan Allah S.W.T.
6. Ada apa2 kesan sampingan sekiranya saya menggunakan sabun2 ini?
Jawapan ana : Untuk pesakit sihir tegar , anda akan merasa gatal bahagian muka atau tangan atau badan atau kaki , tak perlu risau kesan ini selalunya untuk 1 atau 2 hari , untuk mengeluarkan racun sihir atau santau dari badan, untuk pesakit gangguan anda akan merasa mengantuk, berat, malas , sakit badan , tak perlu risau , kesan ini juga selalunya untuk 1 ke 3 hari , tindakbalas dari menggunakan sabun ini. Untuk orang normal Insya Allah tidak ada apa2 masalah . Sabun2 ini memberi kesegaran serta aromaterapi kepada anda , Cuma sebelum guna ambil bau dari sabun .
Ana rasa cukuplah setakat ini , sekiranya ada apa2 pertanyaan atau testimony dari pengguna bolehlah email ana di darulikhtiar@gmail.com.
Ana akan update testimoni pesakit dari masa ke semasa Insya Allah untuk info bersama
Harga Sabun : RM 20
- Tempahan akan dikenakan cas penghantaran pos laju RM5.80
- Penghantaran ke Sabah & Serawak dikenakan caj RM9
- Poslaju ke Brunei RM55 (harga standard Poslaju)
- Pos biasa ke Brunei RM17 (Mengambil masa yg lama)
Untuk pesanan bolehlah telefon atau sms ana di 016-6900431/017-3887071/016-6457072
Sila bank in ke akaua ana
Maybank – Muhammed Raffi Bin A. Shaik Allaudeen
No akaun : 162115840158
, beserta bukti belian,kuantiti,nama & alamat penuh sila email ana darulikhtiar@gmail.com.
Insya Allah penghantaran akan di buat secepat mungkin 2-3 hari bekerja, sabun ini akan sampai ke tangan anda.
Ribuan terima kasih untuk Uztaz Ishak Bello yang mengajarkan ana cara membuat sabun ini , ana buat r & d sendiri untuk memantapkan lagi sabun2 ini .
Semoga Allah sentiasa memberi kebaikan serta ilham untuk ana memberikan terbaik untuk pesakit di dalam ikhtiar rawatan yang dibenarkan syarak . Amin Ya Rabb
Post a Comment